Festival Kebudayaan Tawau

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan himpunan dan perarakan serta persembahan pelbagai etnik dalam festival Kebudayaan Tawau setiap tahun.

Drag Race Audio Sound Blast

Sepanjang tahun, Tawau akan dipenuhi dengan aktiviti permotoran yang unik.

Pasar Tanjung Tawau

Pasar dalam bangunan yang terbesar di Malaysia wajib dikunjungi untuk dapatkan ole-ole istimewa dari Tawau.

Lanskap Tawau

Tawau amat terkenal dengan produk perikanannya.

Nasi kuning Tawau

Tidak sah ke Tawau kalau tidak merasa keenakan nasi kuningnya.

Sunday, February 13, 2011

Indahnya Tawau: Pokok Tropika Tertinggi di Dunia

Pada 2006, saintis dari Amerika Syarikat Dr Roman Dial bersama dua rakannya memanjat sebatang pokok Seraya Kuning Siput (Shorea faquetiana) di Taman Bukit Tawau.
Tujuannya untuk mengetahui setepat yang boleh ketinggian sebenar pokok Hutan Hujan Tropika yang terletak di dalam kawasan hutan simpan berkeluasan kira-kira 28,000 hektar berkenaan.
Dengan meletakkan hujung pita pengukur di bahagian tertinggi pokok Seraya Kuning Siput itu, Dr Dial, seorang profesor Biologi dan Matematik di Alaska Pacific University, akhirnya berjaya merekodkan ketinggian pokok berkenaan iaitu 88.32 meter.
Berdasarkan perjalanannya ke pelbagai kawasan Hutan Hujan Tropika di merata tempat di dunia termasuk Amerika Latin, khususnya Lembah Amazon, beliau mendapati bahawa pokok Seraya Kuning Siput, Taman Bukit Tawau berkenaan merupakan pokok tropika yang tertinggi di dunia.
Selepas berjaya mengukur ketinggian pokok Seraya Kuning Siput berkenaan, dia dan pasukannya terus mencari beberapa spesies pokok tropika lain dan akhirnya, tujuh lagi pokok tropika dengan ketinggian melebihi 80 meter ditemui di sekitar hanya dua kilometer persegi di dalam hutan simpan berkenaan.
Hasil ekspedisi Borneo Dr Dial dan rakan-rakannya untuk merekodkan pokok Hutan Hujan Tropika tertinggi itu dirakamkan dalam majalah National Geographic, keluaran Julai 2006.

Saturday, February 12, 2011

Kisah Pertama Oh Tawau

Salam 1Malaysia...

Ini adalah entry pertama OhTawau yang penulis anggap sebagai satu permulaan kepada penjelajahan penulis dalam menengahkan Tawau di mata dunia. Tawau sememangnya unik, begitu layak sebagai daerah yang mengamalkan konsep 1Malaysia kerana berupaya hidup dengan aman sentosanya meskipun terhimpun pelbagai etnik dalam populasi masyarakatnya.

Semoga blog ini dapat berkembang dan memberi manfaat yang berguna kepada semua.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More