Pada 2006, saintis dari Amerika Syarikat Dr Roman Dial bersama dua rakannya memanjat sebatang pokok Seraya Kuning Siput (Shorea faquetiana) di Taman Bukit Tawau.
Tujuannya untuk mengetahui setepat yang boleh ketinggian sebenar pokok Hutan Hujan Tropika yang terletak di dalam kawasan hutan simpan berkeluasan kira-kira 28,000 hektar berkenaan.Dengan meletakkan hujung pita pengukur di bahagian tertinggi pokok Seraya Kuning Siput itu, Dr Dial, seorang profesor Biologi dan Matematik di Alaska Pacific University, akhirnya berjaya merekodkan ketinggian pokok berkenaan iaitu 88.32 meter.Berdasarkan perjalanannya ke pelbagai kawasan Hutan Hujan Tropika...